Monday, January 6, 2014

Selamat datang tahun 2014

Assalamualaikum wbt
Buat semua pembaca yang tidaklah seberapa bilangannya. Terima kasih kerana membaca blog ini.

Sekadar blog suka-suka dan bukanlah untuk menarik perhatian atau sebagainya. Bukan juga untuk tunjuk-tunjuk pandai menaipcdan bercerita.. hanya catatan seperti diari.

Kalau suka boleh teruskan baca. Kalau tak suka janganlah tinggalkan komen-komen yang tak baik.

Sudah terlalu lama sejak saya mengemaskini blog ini. Setahun mungkin ada sekali atau dua sahaja saya menaip cerita. Semuanya kerana kesempitan masa. Bila diluahkan begitu terasa seolah-olah saya ini seorang yang tidak bersyukur pula.. sering mengeluh tidak cukup masa.. semoga saya dapat mengubahnya. Tahun baru ini saya mahu sentiasa cakap saya punya banyak masa untuk buat segalanya. Yer..saya punya banyak masa.. kerana dari kata-kata menjadi doa. So saya berdoa semoga kata-kata saya itu menjadi nyata. Maka bolehlah kalian membaca lebih banyak penulisan saya.

Tahun baru seperti juga manusia lain saya begitu bersemangat untuk mendidik anak2 murid dan menjadi ibu serta isteri yang baik. Tapi saya selalu rasa kita ingin menjadi yang terbaik dalam semua bidang tapi akhirnya kita hanya boleh pilih satu sahaja. Maksudnya yang lain2 bolehlah jadi sederhana baik.  Walau apa pun saya yakin kuasa Tuhan..jadi saya tetap nak doa semoga semualah yang saya nak jadi itu adalah yang terbaik untuk orang2 disekeliling saya. Terutamanya anak2..
Syamim dan auni, bonda sangat sayang kamu berdua.

Yang paling penting saya ingin menjadi seorang muslimah yang beriman. Saya berdoa semoga saya dapat diberikan hidayah dan ketenangan dalam hati yang tidak dapat saya jelaskan melalui kata2 atau keyboard. Amin.