Tuesday, June 24, 2008

denda pelajar

hari ni aku relief kelas hujung yang nakal. tapi hari ni aku tgk budak2 ni baik2 sikit. duduk tempat berkumpul wat litar kh mereka. ok la..tapi tu yang lelaki. ada 5 org je perempuan kelas ni. sorang dah kena gantung. budak2 perempuan kelas ni mmg bermasalah sikit. ada seorang je pelajar india. pelajar perempuan ni x mau masuk kelas. aku suruh x mau jugak. sekolah aku ni ada buku ponteng. dalam tu boleh tulis sebarang aduan. apa2 je. sebab guru x boleh merotan ke apa ke kan. so tulis dlm tu. nnt nama tu akan dihantar ke guru disiplin. so guru disiplin akan ambil tindakan la. aku tulis la nama budak2 ni. aku tanya pelajar india sorang ni, sapa nama pelajar perempuan tu. dia menipu aku. tapi terkantoi pasal kawan perempuan dia yang lain call nama lain. aku pun warning la pelajar india ni.. 'owh..awak menipu saya,nanti saya masukan pulak nama awak dalam ni sebab menipu' dia jadi takutla. aku tulis nama dia atas tiket subahat menipu nama pelajar degil tadi. dia merayu2 pada aku. dia janji nak duduk diam kat tmpt dia. aku pun angguk je. dia pun duduk la diam sampai abis masa. kesian aku tgk. sblm abis kelas, dia minta aku padam nama dia lagi. aku pun cakap kalau nak saya padam, tulis 50 kali 'saya minta maaf, saya tak akan menipu lagi' yang kelakarnyer, dia punya ayat lain pulak macam ni 'MINTA MAAF'. Tu je dia tulis. aku suruh dia betulkan. bila dia betul kan 'SAYA MINTA MAAF, SAYA AKAN LAGI MENIPU' aku nak gelak kat situ jugak.. bahasa dia putar belit. hahaha.. aku pun suruh dia reorder.. dia ikut je.. kesian aku tgk. dalam 6 baris dia tulis aku pun padam nama dia dalam buku ponteng tu. not exactly padam la. aku just initial kesalahan dia dah dimaafkan semua. tu je..

minggu teknik dan vokasional

Last 2 weeks adalah minggu teknik dan vokasional. Memandangkan aku dah lama tak ada masa nak menulis blog ni, maka hari ni baru aku ada sedikit ruang untuk menulis. masa minggu teknik dan vokasional aku kena menjadi juruacara majlis perasmian.. nasibla masa zaman sekolah2 dulu selalu jadi mc. no problem la.. antara lain aku kena handle aktiviti minggu tuh la. aku rancang untuk ICT aku buat treasure hunt..ni untuk menengah atas je. tapi treasure hunt ni lebih kepada mcm explorace sebenarnyer. student sgt2 la excited. aku iklankan hari khamis. hari tu lagi dah ada 3 kumpulan hantar nama untuk penyertaan. memandangkan aku handle program ni seorang diri, maka aku hadkan penyertaan untuk 6 kumpulan je. susah beb nak handle kalau sorang2. aku buat format dia permainan ni selama 3 hari. setiap hari pelajar perlu jumpa aku untuk ambil checkpoint pertama mereka.. setaip hari ada 3 checkpoint. mereka hanya dibenarkan explorace during free time atau rehat je. yang paling terhibur hati tengok gelagat mereka. kumpulan2 yang bertanding ni, pagi2 lagi seawal pukul 7 dah menunggu aku kat pintu bilik guru..(aku dpt bilik guru baru..tak sempat jgk cerita..). sanggup kan mereka.. demi sebuah kemenangan. kalau bab bermain bukan main lagi.. aku pulak seawal pukul 630am dah kuar rumah. nak pi sorokkan check point mereka.. aku mmg penat minggu tu. dengan aku punya persedia untuk mengajar. maklumlah..lecturer datang observe tiap2 minggu. guru pembimbing kat sekolah ni pun observe jugak.. guru panitia pun observe jugak. mana la aku ni ada masa.. tengok la..cerita aku yang banyak pun tak sempat nak post. macam2 pengalaman aku nak share..tapi sebab x ada masa before...so aku tulis yang mana aku ingat je le.. lepas 3 hari pertandingan selesai.. tapi hari penyampaian hadiah belum lagi.. maybe this friday. pagi tadi pulak perasmian hari koperasi sekolah.. ada mcm2 aktiviti jugak ni. pertandingan mural,sudoku,teka choclate,apa ntah lagi. tapi masa minggu teknik vokasional lagi bnyk aktiviti.. dekat 20 aktiviti kot.. seronok.. hadiah pun dgr cerita besar2.. ni tak sabar nih.. ada aktivi untuk guru jugak..