Wednesday, September 23, 2015

Jenis emas

1)   Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2)   Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3)   Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

4)   Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5)   Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya.

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia

📚Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia 

💥Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

💥Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

💥Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

💥Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

💥Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu:
✅Barclays Capital,
✅Societe General,
✅HSBC Bank,
✅Scotia Mocatta dan
✅Deutsche Bank.

Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.
Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi.
Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

💥Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun.

💥Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas.

Antaranya:

Faktor 1⃣ – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor 2⃣ – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor 3⃣ - berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor 4⃣ – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

🔥1gram 1bulan 1keluarga🔥
#syuxiekayaemas

🌾🌾🍃🌾🍃🌾🍃🌾🍃🌾🍃🌾🌾🌾
POWERGOLD. WE CARE. WE SHARE

Pengalaman beharga tentang emas

Assalamualaikum..

Nak sharing.. Dapat mengutip sedikit pengalaman bertanyakan tentang emas di negara yg dkunjungi tempoh hari.. *mcm xpercaya pun ada blh cerita pengalaman sendiri.. selama ni baca ttg pengalaman org lain.. hee😊😊
Ok begini.. dgn masa yang terluang sedikit di Singapura mina dan en husband sempat ke sebuah kedai emas yg terletak di dalam bangunan Mustapha Centre..
Dalam berborak tu sempat bertanyakan berapa harga 1g goldbar yang djual dan harga yang mereka ambil jika mahu menjual emas.. mereka ambil begini..

1g goldbar 70sgd
Jadi untuk kiraan 70sgd × rm3.07(tukaran matawang Malaysia & Singapura pada waktu itu)
Bermakna harga emas 1g bersamaan Rm 214.90

Wowwww...😍😍😍😍😍

Dan katanya lagi jika kita mahu menjual emas kita kpd mereka...mereka akn ambil 10%

Jadi 10% dari Rm214.90 ialah Rm190.71💲💲🍭

Kita dpt beli 1g rm174(harga ahli skrg)

Ehem2.. siapa untung.. 😎😎😊☺

Sy tak berhasrat nk jual sbb sygkn emas ku.. hehe sbb dh di ajar kalau tiada sebab dan tujuan jgn djual sewenang2nya emas kita.. kiki byk ilmu emas dpt belajar dalam powergold.. byk manfaat kita blh dpt.. cuma tletak pada kita mahu praktik kan yg mana..
Sekian.. terima kasih..

#copynpaste
#pengalamanahlipwg

Doa2

⛅Assalamualaikum wbt.⛅

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmannirrohim
Selamat pagi.,
Salam silaturahim..
Mulakan pagi Anda dengan hati yang terbuka..

Semoga Anda semua dalam keadaan sihat sejahtera & ceria2 selalu serta sentiasa positif & tidak mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan. Utamakan orang tuamu untuk mendapat keberkatan.

Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNya & sentiasa dalam keadaan iman yang terpelihara.

Insha Allah..

Waalaikummussalam pd yg bg salam..

Emas tersontot

📕Emas Tersontot

Tersontot????
Apa tu tersontot?
Xpernah dengar pon perkataan tersontot..
Tersontot tu pada tafsir aku yang naif...
tidak dapat membuat pembayaran...

Cerita satu....
Org A ni labur emas dengan tok jutawan..
Janji tok jutawan akan bayar bulan2...
tapi bulan ni tok jutawan tak dapat bayar...
sebab tersontot..
tok jutawan bawak emas nak pergi jual...
tapi kena rompak...

So... aku pon xtaw sontot tu maksud rompak atau tak dapat bayar....

1st dengar cerita macam betol ke bohong..
susah nak percaya....tp dengar sahaja...
cuba beberapa pertanyaan bermain...

satu....emas berjuta juta bawak naik kereta ke? Kenapa tak ada escorts. . Kenapa xpanggil secure forced ke bawak beenda berjuta tu.... kata tok jutawan... xkan xmampu nak keluarkan duit utk security lebih selamat...

Dua....tak ada insurans ke semua itu....

Ok.... aku yg naif ni hanya mampu mendengar... tanpa banyak soal.. sebab kadang2 bila kita soal menguris hati...

Cerita 2....
Lupakan tersontot cerita satu...
aku cerita pasal mak saudara aku ja...
main emas sebelum tok jutawan...
dah lama tersontot... sekarang bayar bulan bulan loan kat bank... sebab invest guna pf..

Abah dah cakap jangan masuk...
degil... sekarang dah tersontot..
diam ja laaa.....

Cerita 3...
Sambungan cerita 2...
Ini jiran aku plak....
jual tanah harga 30 ribu...
nk invest dalam.emas jugak...
bila jiran2 nasihat...
"Jangan pakngah...nanti hg naik gerek kot"....
katanya... "hampa jangan la patah semangat aku... xapa bini aku wat solat istikarah dah... nampak rumah"
Kononnya invest nak buat rumah..
skang reban ayam pon xboleh buat..
tersontot..

Cerita 4....
Rentetan kisah 2 dan 3...
Saudara aku koma...
sebab emas tersontot...
mungkin sebab terkejut..
kisah 2 dan 3 invest dengan dia...
dan ramai lagi..
maybe sebab terkejut.. takot..
atau orang marah...
alhamdulillah... raya hari tu dh sedar..
tapi perlu bantuan utk uruskan diri..

Sekarang... trend emas delay pulak..
lepas satu satu...
orang tak serik..
bila argue. .
Ada sahaja jawapan...
org yg naif mcm aku hanya diam...

Aku????
Kerja bank...
Bank yang untung...
sebab buat pinjaman dengan bank...
rata2 aku jumpa.. ramai org gov..
sebab gov senang buat loan...
kalau org xboleh buat loan..
kat mana nak cari duit...

Pandangan aku...
mereka xrasa susah nak kumpul duit 10k..20k...30k...
sebab dapat express. ...cepat..
Modal hanya payslip...

Sekarang...macam cerita 2...
Nk overlap pon maximum dah...
dsr dan exceed. ...

Sebab ramai nak cepat kaya..
dengan cara mudah tanpa berusaha kuat...
sebab orang melayu kita...
suka pegang istilah...
"Dont work hard... but work smart"

Maaf.. jika ada yg terasa...
Cerita semua adalah benar...
pandangan peribadi.....
Yang baik jadikan tauladan..
yang buruk jadikan sempadan..

#syuxiekayaemas
#alhamdulillahsyukur