Sunday, June 23, 2013

Pizza hut tak guna

Pizzah hut delivery malaysia x guna. Janji deliver 30minit. Kemudian call cakap x boleh deliver pasal rider belum datang. After 1 hour pun belum deliver lagi?? Janji dicapati!!!

Saturday, June 1, 2013

Laptop di curi

Sempena hari guru pada tahun 2013 aku telah menerima hadiah paling tidak disangka dari pelajar ku. Laptop ku telah dicuri. Pada hari tersebut, aku meninggalkan laptop seperti biasa di dalam bilik peperiksaan. Sebelum turun ke tapak perhimpunan aku kuncikan bilik tersebut. Selepas acara ditapak perhimpunan ialah acara sukaneka. Kemudian acara cabutan bertuah di dalam dewan. Aku memang langsung tidak naik ke bilik guru selepas aku turun ke tapak perhimpunan pagi tersebut. Rupa2 ada guru yang tidak bertanggungjawab telah membuka pintu bilik peperiksaan dan meninggalkannya tidak berkunci. Mmg bodoh cikgu tu..kenapa aku kata bodoh.. kerana dia tau minta kunci pada seorang lagi guru lain yg memegang kunci bilik peperiksaan tetapi setelah urusan dia selesai dia tak reti pula nak kunci semula bilik tersebut. Tak ke bodoh namanya?? U masuk u guna kunci budak kecik pu tahu patutnye nak keluar kunci la semula. Itu kebodohan yang pertama.

Disebabkan kejadian ini dia dtg berjumpa dgnku. Katanya ingin membuat tawara kepada pelajar yg beri maklumat atau pulangkan semula laptop ku. Dan katanya lagi jika dia tak berjaya dia akan buat pampasan kepada ku. Dia sendiri offer okeh because dia tau dia salah dah rasa bersalah la kot. Tapi bodoh lagi pasal dia pergi bising2 kat pentadbir pulak. Rasanya kalau dia rs bersalah dan ikhlas nak tolong aku bbagi je la tak payah pergi weng weng tukar cerita kat atas pulak. Pentadbir pun bodoh cakap dia jgn bagi gantirugi.. sekarang..segala kerja saps atau vle frog aku x akan buat dgn cepat.. mana aku nak buat kat rumah? Komputer dah hilang.. maklumat dah hilang...  pasni apa2 kerja aku tadahkan je la kat cikgu bodoh tu padan muka baru tau.

Polis cakap kalau aku benarkan mereka buat siasatan suspek mereka adalah cikgu tu. Ha ko.. mcm mn ni?

Thursday, April 18, 2013

Hati kering

Manusia yang tak dapat membimbing hati dan dirinya bagaimana mungkin membimbing seorang isteri. Malah mungkin menjadikan perempuan jadi lebih teruk pula. Jika berlaku kes isteri derhaka patutla siasat dahulu jgn difitnah saje. Minta dilepas tidak dipeduli...sbb pentingkan diri sendiri nafsu sendiri.. tp rumah macam neraka..sibuk dgn game dan handphone semata...tiada gurauan atau senyum ketawa... macam mana nak bahagia... akhirnya isteri cari pihak ketiga tempat meluah semua rasa. Ada org yg ambil berat mesti datang rasa bahagia semula. Mana mungkin dlm dunia ini hanya ada seorang shj yg mampu menasihat atau memberi tunjuk agama..kenapa tidak cuba yag dimasjid dekat rumah shj..masjid pun x jejak selain jari jumaat mcm mn nak jumpa orang kuat ibadat utk dibuat sahabat.. hiduplah kamu dgn duniamu. Kami pergi mencari lindungan baru semoga dpt membantu tunjuk jalan baru ke arah Tuhan yang satu...

Tuesday, January 29, 2013

Resepi pizza sedap

Memandangkan aku terima banyak request untuk resepi pizza ku semalam maka aku ingat kenalah aku tulis resepi di sini. Curi masa sikit sebelum jemput anak dari rumah baby sitter. Baru balik dari sekolah je pun. Aku ingat nak masak pizza lagi..nampaknya tak dan. Dah lewat kan.

So ini resepinye.
Untuk doh pizza
1. Dua cawan tepung gandum
2. Sesudu yis
3. Sesudu gula
4. Sesudu garam
5. Secwn air

Campur je semua kacau3 uli sikit.

Bahan toping
1. Sos spageti
2. Bwg merang..putih potong
3. Garam
4. Gula sesedap rasa
5. Daging atau ayam hancur tu

Tumis bwg2 semua masuk sos spageti. Pastu masuk ayam atau daging. Pastu masuk gula grm. Pastu tunggu jap  nanti agak2 masak tutup api.

Nanti sapu semua bhn toping tu atas doh. Tambah la sosej ke capsicum ke cendawa ke..
Pastu bakar ye. 15 min 150 darjah. Utk oven aku la. Oven korang x tahu la cam mana kan.. ikut yg biasa korang guna lah. Kena mengenali oven masing2 ye sebab oven ni banyak kerenah gak kadang2.

Itu sahaja la. Mudah kan? Like okay

Monday, January 28, 2013

Piza pertama ku menjadi

Ya riba andre andre..
Syukur alhamdulillah. Masa buat adunan piza tadi anak sulung dan adiknye nangis2 nak cake. Semalam aku bake chocolate cake for them. Agaknye x puas lagi. Minta lagi. Sementara tunggu tepung naik aku pun cepat2 la putar telur. Kek dulu yang siap. Pas tu bagi derang makan. Tak amik pic cake pasal dah selalu buat.. x minat lagi nak gambarnye.

Kemudian sambung proses piza. Sos piza semua dah aku sediakan sambil masak nasi lauk kurma ayam dan sayur sawi. Seperiuk sosnye. Malang sikit tertumpah separuh. Tinggal la separuh yang aku dok sapu atas piza..kemudian tambah sesej slices and capsicum. Kalau ada mushroom .. buah zaitun boleh la tambah. Tapi dua tu je yang ada.. so itu je la taruk. Tidak lupa cheese. Kerana tak ada mozarela aku guna cheese biasa tu je. Potong2...

Inilah hasilnye


Sunday, January 27, 2013

New bos

Aku tak berapa nak faham bos baru aku ni. Lima tahun aku dlm profession perguruan ni dah lima orang pengetua. Tiap2tahun bertukar pengetua.

Sepanjang lima tahun ni..ada seorang yang aku rasa paling selesa la utk aku berkerja dgnnye. Yang laiin semua x best. Yang pertama lagi lah..pandang rendah sgt pd org baru dan mmg x ada chemistry dgnnye..yang ke dua syok jugak maklumlah datin seri. X banyak masalah dgn dia tapi dia dah nak pencen so kejap je la bekerja dgnnyer...yang ketiga ok..banyak juga aku jumpa dgnnye..cuti senang. Bestla la kerja dgn dia. Tp dia pulak minta pindah. Yang skrg ni paling aku x faham..sudahla dia tak bercakap dengan org dengan cara yang baik...maksudnya PR dia trruk.. bercakap kepala je dengar pastu badan ekor cakap mcm dalam kelambu. Dan dia bercakap tu tak jelas apa yang dia nak. Yerla nak jelas mcm mana kalau dah tak dengar..lagi pun dia selalu tak menjawab soalan.

Mana boleh dia expect org tahu semua..macam aku ni muda..ecewah..muda la sangat..macam dia tu dah kerja bidang ni lebih 30 tahun patutnya ajar je la apa yang ilmu dia tahu tu.. ini tidak dia suruh je pastu cakap org buat salah..lepas tu tak pulak jelaskan terang2 apa yang dia nak.. pening aku. Sudah la kalau berjumpa dia tu macam p mengadap tunggul. Kadang2 aku rasa mengadap tunggul lagi bagus.
Senang sikit pasal dah tau tunggul dah tentu tak harapkan jawapan dari tunggul tu. Dia ni dah 50 patah aku bercakap dia boleh diam je mcam tak dengar aku bercakap. Bengang betoi.

Boleh dikatakan ramai gak yg tensen dengan sikap dia tu. Bosan betul orang macam tu. Ego terlampau!

Friday, January 25, 2013

Cornflake almond chocholate chip

Walaupun aku sibuk sepanjang hari..bekerja dari 6.30am ke 5 ptg balik pula memasak utk anak2.. aku tetap cari masa utk cari stok baju kurung baru. Aku juga tetap luangkan masa membakar biskut utk jualan kecil kecilan ku memandangkan permintaan ada kena la aku buat. Sebalang aku isi 200++ gm. Berbaloi juga aku bake cookies bila orang order je.... walaupun raya jauh lagi bulan tujuh nanti org tetap order cookies utk kudapan. Alhamdulillah.. hepi3...  nak order boleh la whatapp je aku ni...

Saturday, January 5, 2013

1bestarinet vle frog

Hari ke tiga persekolahan dah lena panggil p ppd mesyuarat.. di minta swmua sekolah menghantar pelan strategik masing masing owh kay..

Kena la buat meeting kali pertama vle frog ict dan website kalau macam ni. Ada bnyk perkara perlu dibincang... huoiih... ya Allah ya tuhan yang maha agong aku hambamu yang tidak punya apa apa ini selain dari yang kau pinjamkan kepada ku berikanlah diriku ini tenaga masa kesihatan dan kecerdikan untuk memikul semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada ku dengan sebaik baik nya dan dengan berjaya nya.

Selamat tahun baru 2013

Ya Allah dah 5/1 baru aku teringat aku c tulis blog dah berapa hari. Haii aku ni mmg bukan blogger tegar..ape nak buat. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru, bisnes women kecil kecil lan memang menuntut masa yang x pernah cukup 24 jam sehari.

Kalau lah manusia ni boleh skip waktu tidur dan masih boleh berfungsi macam biasa..sihat mental fizikal dan emosinya tentu aku dah skip waktu tidur..hehehe...

Kembali kepada tajuk...selamat menyambut tahun baru. Buat diriku aku ingin menjadi lebih success tahun ni dalam semua kerja yg aku buat. Aku nak ada prncapaian cemerlang utk semuanya.

Biasanya setiap tahun tak pernah aku tidak berpuas hati. Aku sentiasa bersyukur tiap tahun rasanya aku capai apa yang ku inginkan sebab aku ni mudah je orang nya. Tak ada permintaan besar pun.. aku juga mudah berpuas hati walau pun dengan yg sedikit. Jadi x ada la aku frust axam x tercapai ke apa ke...

Tahun ni semasa tahun baru aku berada di melaka bercuti bersama suami dan anak anak. Kelakar bila di fikirkan aku cuti sekolah sebulan.. tapi hanya berpeluang untuk pergi bercuti pada penghujung cuti.. hmm rezeki mcm tu . Suami ku seorang yg bukan cikgu sekolah..dia cikgu anak-anak dan cikgu aku je..so kena laj dia bekerja sepanjanh hujung minggu mahupun public holiday. Jadi syukur Allah bagi juga merasa bercuti sbb dia dapat cuti pada penghujung cuti ku. Boleh la kami bawa anak-anak ke zoo melaka..ke taman rama-rama..ke pantai klebang..naik bot..naik menara taming sari... hmm banyak la tu. Ok la kan... biasanya aku dan dan ana-anak dok umah je berkurung..bosan weh. 

Dapat berjalan macam tu pun aku dah hepi sangat dah..janji anak anak hepi. X apa la x p melancong mcm cikgu cikgu lain yg biasanya sebulan dua before cuti dah book flight ke merata tempat dlm dunia ni.. rezeki derang la kan dpt jalan mcm tu. Hehe