Sunday, December 23, 2012

Culik kanak-kanak

Baru-baru ini kakak ipar kawan saya nyaris kehilangan anak kedua apabila diculik di depan matanya. Kejadian berlaku di pasaraya sogo. Berikutan banyak berlaku kejadian rompakan culik curi dan lain-lain jelas menunjukkan pasaraya sogo bukan lah tempat yang selamat.

Walaupun kejadian demi kejadian berlaku apa tindakan yang di ambil oleh pihak pasaraya tersebut? Entahlah..mungkin sesuatu patut di lakukan atau semua orang seboleh bolehnya elak kan diri bershopping di situ.

Berbalik kepada kejadian culik tadi, anak kakak ipar kawan saya itu bukanlah ditinggalkan berseorangan atau di biar tanpa perhatian. Sebaliknya kanak-kanak tersebut dipimpin tangannya oleh si ibu. Namun tiba-tiba sahaja anaknya disambar begitu sahaja.

Si suami mengejar dan akhirnya setelah tumbuk menumbuk berlaku syukur alhamdulillah anaknya berjaya diselamatkan.

Jadi kita perlu sentiasa beringat bila kita keluar dengan anak-anak ke mana sahaja.
Yang penting sentiasa awasi anak kita dan diri kita sendiri.

Pukau - dirompak berhampiran sogo kuala lumpur

Sering kali kta dengar rumah orang dirompak dengan teknik pukau. Sebenarnya ada juga orang yang di rompak dengan cara ini.

Jiran saya baru sahaja balik dari pusat membeli belah sogo di kuala lumpur. Ketika dia menunggu adiknya terasa seperti bahunya di tepuk seseorang. Tetapi apa yang dia tahu ketika ingin membayar barang-barang semua duit di dalam dompet telah hilang. Memcecah 2k.

Kejadian seperti ini berlaku di bandar besar dan menjadi tumpuan ramai. Cuba lah sentiasa ingatkan diri kita untuk berhati hati dan berwaspada walau di mana kita berada.

DUIT?? pendapatan AKTIF dan Pendapatan Pasif

Aku tertarik sangat apabila membaca berkaitan pendapatan pasif menjadikan seseorang manusia itu mencapai kebebasan kewangan. Best kan macam tu.. boleh lah memenuhkan masa dengan kerja amal dan kebajikan..kerana tidk perlu risau waktu bekerja lagi.


Maksud pendapatan pasif ialah anda hanya perlu 'buat kerja sekali sahaja tetapi selepas itu dapat bayaran tanpa henti'. Lawan kepada perkataan pasif ialah aktif. (sebab tu lah orang yang bependapatan pasif ni mencapai kebebasan kewangan ye?...macam tu...)

Kebanyakan orang memperolehi pendapatan aktif. Maksudnya mereka dibayar berdasarkan kepada masa bekerja. Mereka yang dikategorikan sebagai pekerja profesional seperti doktor pun masih dikategorikan memperolehi pendapatan aktif kerana mereka masih perlu berjumpa secara fizikal dengan pesakit bagi mendapatkan pendapatan. Mereka memang nampak seperti orang kaya tetapi hakikatnya pendapatan mereka masih lagi bergantung sepenuhnya kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mereka.

Yang lebih menarik lagi blog yang ku rujuk itu (http://www.usahawan.com/umum/pendapatan-pasif-rahsia-kekayaan-sebenar.html) memberikan contoh apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan pasif. Antaranya:

1. Aliran positif daripada hartanah seperti sewa rumah
2. Menjadi penulis seperti Robert T. Kiyosaki
3. Lesenkan paten
4. Buat niche website atau blog dan letak google adsense
5. Buat website review produk affiliate
6. Recurring affiliate programme
7. Hasilkan ebook dan buat website untuk jualan
8. Produk bayar untuk guna
9. Pemilik telefon awam
10. Laman web tempahan pembelian automatik
11. Bina satu perniagaan yang berjaya dan jual formula kejayaan seperti McDonald & KFC

so sekarang apa ye yang aku angan-angan kan? hmmm....

Saturday, December 22, 2012

Biskut ala ala femes amos

Kerana cuti sekolah yang panjang menyebabkan diriku ada masa terluang. Memandangkan suamiku yang perkasa bekerja sepanjang minggu setiap minggu maka aku dan anak anak agak bosan melepak aje di rumah. Selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad berkurung dlm rumah sangat sangat memenatkan bagi orang yang biasa bekerja cam aku.

Anak anak yang aktif membataskan aku dari membawa mereka keluar kerana nanti akan banyaklah luka atau pun apa sahaja yang mungkin berlaku kerana mereka sekarang tgh membesar sedang mengenal dunia. Macam macam mereka nak buat. Mereka juga semasa berumur 1 1/2 & 2 1/2 ni masih belum mampu mengawal psikomoto mereka dgn baik. Jadi mereka sentiasa bergerak dan tak duduk diam macam zarah dalam bekas tu bergerak je....

Kerana kebosanan aku telah menyibukkan diri membakar biskut ala ala femes ames. Rasa tu boleh la dapat sikit2 rasa femes amos tu. Terima kasih kepada internet yang memberi aku resepinyer.. Banyak juga aku bakar.. sampai boleh pos pada kenalanku norzaliza bidin di pekan nun.. aku juga dapat pos kepada pelanggan handbag ku di kelantan tu nur afni nordin sbg free gift beli handbag denganku. Selain tu biskut tersebut aku  buat jamuan kepada tetamu yang datang semasa kelas yasin di rumah mak ku. Syukur alhamdulillah. Nnt nak buat lagi lah. Kalau ada orang nak tempah choco chips cookies ku di persilakan...

VLE FROG

Antara perkara yang perlu ku lakukan untuk vle frog di sekolah:
1. Taklimat pengenalan vle frog
2. Ladap
3. Pemberian username dan password guru, pelajar serta ibu bapa melalui surat.
4. Lantikan frog champ guru dan frog champ pelajar.
5. Penjelasan tugas pentadbir, kb/gkmp dan kp.
6. Laporan ladap.
7. Update dashboard sekolah.
8. Pastikan guru Buat website untuk pelajar terima tugasan dan hantar tugasan mengikut matapelajaran.

DLL banyak lagi.

Friday, December 21, 2012

Pengalaman menjaga dua anak yang demam

Auni Insyirah anak ke dua demam seminggu yang lepas. Dia jarang demam. Kami sebagai ibu bapa ni tak suka nak lengahkan masa terus aja bawa pergi klinik. macam biasala klinik kesukaan ku.. Klinik An Nisa. bukanlah bermaksud suka sangat pergi klinik.. maksud suka tu selesa ke sana. doktor perempuan..islamik..suasana dalamnya tenang..wallpaper hijau.. kemas.. cantik.. macam promot pulak..

Tak lama kemudian anak sulung pula Syamim, demam. walaupun hari ini masih demam tetapi sudah beransur pulih. syukur alhamdulillah. Tetapi penat la menjaga dua-dua serentak. kejap demam kejap baik kejap demam kejap baik..macam chipsmore pulak.

Budak-budak biasalah bila demam agak meragam kan... terpaksa la mendukung keduanya serentak. mau patah jugaklah pinggang ni.. tumit kaki pun cam tak berapa sedap lagi lah memijak lantai.. yer la kan kalau nak kira matematik..mau 20kilo jugak ku mendukung.

tak mengapalah...semoga cepat sembuh.

Thursday, December 20, 2012

11 hari sebelum Tahun Baru 2013


Hari ini masih dapat menghirup udara yang dikurnia oleh yang Esa. syukur alhamdulillah di atas nikmat yang dikurnia.

Hari ini dapat menarik nafas lega kerana masih ada sisa waktu untuk menginsafi diri yang hina.

Hari ini akan dipanjatkan dengan doa semoga akan sentiasa bersabar..berusaha..di beri jalan di beri laluan untuk menjayakan impian dan cita-cita..

Tinggal lagi 11 hari sebelum melangkah kaki ke tahun baru.. walaupun kita tidak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan..namun kita tidak pernah takut sebaliknya kita sentiasa tertunggu tunggu peluang untuk mengecapi tahun baru. Kenapa kita tidak takut? kerana kita yakin Yang Esa sentiasa bersama kita memberi kita cahaya sepanjang perjalanan kita..kita hanya perlu berdoa kepadaNya. Itulah iman.

Mengharapkan tahun baru ini akan menjadikan tahun yang gemilang dan cemerlang dalam keluarga, kerjaya dan minat atau cita-cita.

Ye..sebagai seorang isteri..aku ada azam sendiri. sebagai seorang ibu juga ada azam yang perlu aku penuhi. sebagai seorang guru,aku mengharapkan tahun hadapan aku mampu menyerlah potensi diri..dan mengenai minat..harapanku semoga diri ini dizinkan oleh Allah tuhan yang Esa untuk ku menjalankan perniagaan tanpa berputus asa..dipermudahkan jalan dan cara..dihargai ramai dan dapat sokongan semua manusia.

Wednesday, October 24, 2012

Sunday, July 8, 2012

students yang mengganas


Kali pertama setelah bertugas sekian lama, std bergaduh x mau berhenti bila kita stop kan. Malangnye sebulan kemudian student itu telah mati membunuh diri dgn terjun bgnn flat tempat tinggalnye... dia x minta maaf pd aku kerana cederakan diriku ketika bergaduh dulu..  tp aku maafkan sudah kerana dia kan anak muridku jua

Tuesday, July 3, 2012

Pajsk

Prosedur kualiti

untuk memastikan pengurusan panitia diurus dengan cekap dan teratur. bagi memastikan prestasi setiap MP bagi peperiksaan awam meningkat naik 3% dalam tahun semasa.
Jika kurang dari 65%, sekolah akan dijalankan pemantauan (semua ni merujuk kepada apa yang dikatakan oleh PK ok..)

(kawalan kualiti : semua kena record)
Fail panitia mesti simpan 5 tahun. begitu juga buku stok dan inventori.

Monday, July 2, 2012

Kisah seorang anak murid


Suasana semasa kelas pen.moral tgh hari ini 2/07/12

Dari makmal komputer saya bergerak ke kelas di tingkat 4. Masuk ke dalam kelas saya lihat hanya ada 2 orang murid perempuan. Belum pun sempat saya bertanya, seorang daripada murid perempuan tu memberitahu:

Girl: Cikgu, 6 orang saja cikgu.

Bila saya pandang ke seluruh kelas mana ada 6 orang.. ada mereka berdua je. bermaksud empat orang lagi pergi ke mana la tu..

Cikgu: Tadi saya nampak lee how. mana dia dan geng2 dia?

Girl: tatau cegoo tadi ada...

Saya pun keluar ke depan pintu kelas, memerhati keadaan sekeliling. mencekak pinggang, saya pun menjenguk ke bawah manala tahu ada budak2 tu dekat tangga ke koridor ke..
Tak nampak pun. Erm..

Dipendekkan cerita rupanya mereka ada dalam kelas lain bersembunyi. saya jemput mereka balik kelas. memandangkan hanya ada 6 orang, yang lain letih tengok bola gamaknya. so saya beri mereka nota dan latihan sahaja.

Pelajar perempuan tu habis awal. saya pulak bosan menunggu. saya mengantuk. saya pun menghampiri pelajar perempuan tu. ambil kerusi dan duduk depan mereka. Seorang tu teruskan tidur. saya tak bagi yang seorang lagi tidur.

Saya tahu seorang murid ni pernah ada leukimia. jadi saya ajak dia menceritakan pengalaman dia.

Cikgu: Awak sekarang macam mana? makan ubat? Pergi hospital lagi?
(bertubi soalan saya)
Murid: pegi cegoo. tukar darah.
Cikgu: ooo. apa awak rasa masa tukar darah?
Murid: like sumone poking me.
Cikgu: tahap apa cancer awak sekarang?
Murid: stage 1 dari stage 3 dulu.
Cikgu: Berapa jenis ubat awak makan?

Murid: 4 jenis. saya mengantuk cegoo kalau makan ubat. tapi kalau tak makan saya pining mau muntah semua.

Cikgu: so hari ni makan ubat? (jawabnya tidak)


saya ubah suai sikit la dialog nya kerana nak sesuaikan dengan keadaan dan pendekkan cerita. saya juga tanya pada dia masa awal2 dulu treatment macam mana. katanya kena ambil air sumsum tulang. sakit sangat. dia juga tunjukkan jarum tu sangat besar. setiap kali cucuk dia akan jerit nangis. saya tanya berapa kali buat treatment tu? jawab dia "adala 16 kali cikgu"
saya macam tak percaya pulak sampai macam tu, dia pun cakap la
"tak boleh tipu cegoo..dosa tak nak.."

cikgu: ala macam ni tau pulak dosa. masa lain tu tipu??

Murid: ala cikgu saja la saya nak enjoy sikit fun sikit. kan saya sakit.. mana tau esok saya ada lagi ke tak ada ke.. so saya kena la fun juga.

kesian saya mendengarnya....

Sistem Maklumat Murid (SMM)

Sistem Maklumat Murid (SMM)

Sebagai pen S/U GURU DATA, antara tugas saya ialah mendapatkan maklumat peribadi murid dan key in ke dalam sistem secara online. (Berapa banyak jawatan saya ye? hahaha..memang banyak. lepas ni cerita saya sebagai guru tingkatan pulak. Memang dasyat kan cikgu ni..dalam sesebuah carta organisasi muka seorang tu ada di merata rata. patutla saya keluar rumah 6.30 pagi balik ke rumah 5.30 ptg setiap hari...begitu banyak tugas saya.) Ada sesiapa kata jadi cikgu senang??

Banyak pulak tersasarnya. Jom kita teruskan kepada cerita SMM tadi. dulu SMM offline. tapi pada 2011 SMM dah tukar jadi online.

Disini saya sertakan rupa bentuk antaramuka sistem SMM tu ye. Sikit2 je la info.



Sunday, July 1, 2012

Sistem Markah Peperiksaan online (SAPS)

Sistem Markah Peperiksaan online (SAPS)

Sebagai pen S/U peperiksaan dalaman, kerja saya selain mengajar ialah menyiapkan jadual peperiksaan 4 kali setahun. Walaupun bunyinya mudah, tetapi yang nyata kerjanya amat rumit dan memeningkan kepala. Ketua S/U peperiksaan akan memberitahu tarikh atau timeframe untuk peperiksaan dilakukan. Saya perlu set subjek ikut kelas yang ambil, masa dan kesesuaian hari bergantung pada situasi.

Kadang2 ada event di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Hari Guru atau pun tiba2 sekolah dapat panggilan kejutan dari PPD (bukan panggilan hangit tau, real punya) mengatakan nazir nak datang. Siapa Nazir tu? Nazir ni orang2 jabatan pendidikan pelajaran negeri yang akan memantau segala aspek di sekolah dari segi pentadbiran, pnp dan lain2.

Biasanya kerana sebab2 begini nak buat jadual exam agak rumit. maklumlah jika hari anugerah murid nak raptai lagi, nak prepare apa yang patut, latihan persembahan dan macam2 lagilah. Kena pertimbangkan juga subjek mana yang nak letak paling awal dan paling akhir. Biasanya subjek yang awal ialah BM, BI atau PI. kerana banyak kerja menanda. kita bagi keutamaan kepada cikgu matapelajaran tersebut. kesian kan...

Selepas selesai jadual exam, murid ambil exam. Selesai exam saya akan kejar guru mp key in markah dalam online sistem supaya ketua s/u boleh proses markah dan keluarkan result atau keputusan peperiksaan tersebut. Saya pula akan siapkan analisa peperiksaan beserta headcount untuk simpanan penolong kanan dan guru kanan mp. Apakah analisa peperiksaan dan headcount? akan dijelaskan dalam penulisan akan datang.

kesimpulannya guru perlu key in markah di alamat seperti berikut: http://saps.moe.gov.my/

Kemudian apabila sudah selesai proses, ibu bapa bolehla menyemak keputusan anak2 melalui sistem ini. Hanya perlu log masuk ke dalam sistem.

Ramai ibu bapa di bandar tahu sistem ini? Tak, tak semua parents di bandar metropolitan seperti bandar utama ni tahu guna sistem tersebut. Sampaikan kadang kala timbul isu pula bergaduh nak ambil pulang slip keputusan anak semasa hari terbuka kad laporan. (ala, hari di mana parents datang ambil report card tu..) Bezanya sekarang tak pakai buku laporan, pakai clear holder yang disisipkan dengan slip keputusan yang di print dari sistem SAPS tu. Slip tu kan print dari sistem online..apalah yang kecoh sangat nak bawa balik salinan pihak sekolah tu. balik rumah masuk internet print sendiri je lah... kata rumah ada notebook,netbook, ipad ipod semua..tak kan tak pandai guna sistem pulak.. pelik..

Memang pening bila ada parents yang tidak beri kerjasama baik macam ni. Sedangkan cikgu2 tu mengajar anak2 mereka menyalurkan ilmu milik Allah taala kepada anak2 mereka. dunia sekarang...

Gambar-gambar sepanjang kejohanan trek dan balapan

Gambar-gambar sepanjang kejohanan trek dan balapan

















Kejohanan Trek Dan Balapan 2012

Kejohanan Trek Dan Balapan 2012

Hari kejohanan trek dan balapan telah pun berlansung dan berakhir dengan baik. Walaupun lewat memulakan majlis, namun semua guru-guru berusaha bersungguh-sungguh memastikan kelancaran manjlis.

Saya ditugaskan untuk buat buku program. Memandangkan saya telah siapkan awal, maka saya tak kelam kabut sangat pagi sebelum majlis bermula. Saya masih ingat 3 tahun lepas, pada tahun 2009 dimana saya pertama kali membuat buku program pada ketika itu. Sedangkan majlis hari sukan ni boleh dikatakan antara event besar yang penting di sekolah. oleh kerana saya baru pertama kai ketika itu, maklumlah baru posting teruk juga saya kena marah dengan seorang senior tu. Bukan menasihatkan saya sebaliknya saya kena marah je terus kerana lewat siapkan buku program. dah la begitu buku program untuk VIP pun togel je tak be ribbon tak ada apa.. memang KENA la kan.

Buku program memang sangat penting dalam sesebuah acara. Apatah lagi acara besar seperti hari sukan. Ia perlu disiapkan awal untuk diedarkan kepada ketua2 setiap AJK untuk mereka lakukan tugas yang seterusnya atau apa2 yang patut. (Sekarang saya dah expert buat buku program ni.. macam2 acara dah saya buat..kekeke)

Demi mengelakkan kejadian lama berulang atau pisang berbuah dua kali, saya dah siapkan buku program 4 hari awal. Palaing awal lah tu bagi siapa2 yang ditugaskan buat buku program. Bukan apa, dalam buku program tu ada banyak perkara atau maklumat yang di kutip dari banyak sumber. jadi isi kandungan buku program tentu lah bergantung pada orang yang bertanggungjawab dalam setiap bahagian. Cepat orang tu siapkan cepat la pembuat buku program buat kerja dia. Macam EDITOR majalah gak kot sikit2 je la.. sebab tu kena ada dateline kan. tapi tau jela kerja kalau bergantung pada orang tu, orang tu pulak bergantung pada orang ni..MAcam lagu "tanya sama pokok" la..tak gitu??

Selain Buku program saya juga bertugas di bahagian penyelia peserta. Apa tu? Cikgu2 tau la kan.. bagi yang bukan cikgu pulak, Maksudnys saya kena panggil atau cari atau sediakan dan susunkan peserta yang akan bertanding dalamacara2 akhir semasa kejohanan. Contohnya acara 100M, 4x100 M, 4x400 M dan 200M. Selepas sediakan peserta dan minta QM bawa ke tempat permulaan, tugas saya selesai. Disambung pula oleh petugas bahagian lain. Semasa acara larian bermula saya akan keliling padang juga menyokong pelari2 rumah saya untuk beri sokongan moral. Sampai ada cikgu yang cakap pada saya "suzy, you very energetic and excited aa. sangat kuat jalan. satu padang u sudah round banyak kali" hehehe nak buat macam mana.. saya ni bekas atlit. so saya sangat la teruja. Sukan ni dah mengalir dalam darah saya...

Saya rasa cukup dulu sampai sini. Saya nak sertakan gambar..tapi saya kena pilih dulu ok...



Friday, June 29, 2012

Sehari sebelum sukan

Kejohanan Trek Dan Balapan 2012

Esok 30/06/12 adalah hari sukan sekolah saya. Ada sesetengah sekolah telah pun selesai hari sukan mereka lebih awal sedikit. Tahun ini saya rumah biru. Saya agak teruja untuk kejohanan tahun ini kerana sudah dua tahun berturut2 saya tak dapat join hari sukan kerana bercuti panjang.

Untuk tahun ni saya ditugaskan menyiapkan buku program hari sukan. saya dah pun selesaikan sejak hari selasa. pada pagi rabu lalu saya sudah edarkan kepada ketua2 jawatankuasa tertentu untuk memudahkan kerja mereka...

Tak sabar untuk esok..

Hari Kad Laporan

Pagi jumaat 29/06/12

Hari ni adalah hari kad laporan murid. memandangkan saya memegang anak2 dari kelas depan, makanya ramailah ibu bapa yang datang mengambil kad laporan anak2 mereka. namun ada lagi segelintir yang tidak datang. mungkin kerana sibuk dengan kerjaya masing2.

Syukurlah Parents yang datang baik2 belaka. tidak ada yang menyerang atau sombong. jika begini caranya cikgu2 pun senang hati nak melayan walau pun penat. saya punya sesi bermula dari 7.30 am sampai 11.00 pagi baru selesai. Harap2 tak ada parents yang datang lepas waktu pnp. Oleh kerana terlalu ramai parents maka cikgu dibekalkan air kotak dan dua ketul kuih.

Tahun ini tahun pertama sekolah saya menggunakan clear holder dan simpan result students didalamnya. sebelumm ni sekolah saya masih guna cara lama guna buku kad laporan. oleh kerana sistem keputusan dah online SAPS maka semua keputusan rasanya elok la macam sekarang print aje. tak perlu tulis tangan lagi ke dalam kad laporan kemajuan.

Sebenarnya ibu bapa zaman sekarang boleh tengok keputusan anak2 mereka secara online saje. tak perlu datang sekolah kalau tiada apa yang penting perlu dibincangkan pun. beruntunglah kepada ibu bapa yang celik IT.

Dunia sekarang menuntut kita serba tahu terutamanya mengenai teknologi. Kalau ibu bapa celik IT mereka perlu tengok result anak dalam smart phone mereka sahaja. mudah kan? tiada alasan pada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga keputusan periksa anak2 pun tak ambil tahu.





Thursday, June 28, 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah begitu lama saya tidak menulis sebarang cerita di dalam blog ini. Kenapa ye? sebenarnya saya sendiri sudah lupa saya pernah mempunyai blog. Jadi, macam mana saya nak tulis cerita terkini sedangkan saya telah lupa?

Terasa seperti orang yang hilang ingatan kemudian kembali ingat memori-memori lama sedikit demi sedikit. perbezaannya sekarang saya cuba menulis blog dengan lebih baik. tatabahasa dan ayat yang lebih baik seiring dengan kematangan diri saya.

Sebelum-sebelum ini tulis caca marba sahaja. maklumla fikir saya blog ni tidak di baca oleh sesiapa pun. tapi itu dulu.. sekarang saya juga cuba untuk menaip dengan lengkap dan tidak menggunakan short form atau bahasa yang terlalu rojak. Kena la memartabatkan bahasa tak gitu?? namanya cikgu kan...hehe

Alhamdulillah saya terjumpa semula blog ni. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu saya lakukan dengannya. Dan saya yakin memang ada. Saya akan berusaha mengemaskini semua cerita selepas ini.

Sambil menaip ni pun saya mula teringat sikit-sikit saat saya menulis blog saya dulu. lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas. Macam orang hilang ingatan tapi sudah mula jumpa punca untuk ingat kembali.. itu yang saya rasakan sekarang..

Oleh kerana ini saya anggap pertemuan semula, memang banyak ingin saya tuliskan. tapi saya cuba bersabar.. saya akan mula sedikit demi sedikit. semoga saya sentiasa ada kekuatan dan rajin memberi idea atau berkongsi ilmu di dalam blog ini kelak.