Saya sedang berusaha untuk menjadi penulis blog yang rajin dan dapat berkongsi pengalaman serta pengetahuan saya yang tidak seberapa bersama semua pembaca yang sudi.
Tuesday, June 24, 2008
denda pelajar
hari ni aku relief kelas hujung yang nakal. tapi hari ni aku tgk budak2 ni baik2 sikit. duduk tempat berkumpul wat litar kh mereka. ok la..tapi tu yang lelaki. ada 5 org je perempuan kelas ni. sorang dah kena gantung. budak2 perempuan kelas ni mmg bermasalah sikit. ada seorang je pelajar india.
pelajar perempuan ni x mau masuk kelas. aku suruh x mau jugak. sekolah aku ni ada buku ponteng. dalam tu boleh tulis sebarang aduan. apa2 je. sebab guru x boleh merotan ke apa ke kan. so tulis dlm tu. nnt nama tu akan dihantar ke guru disiplin. so guru disiplin akan ambil tindakan la. aku tulis la nama budak2 ni. aku tanya pelajar india sorang ni, sapa nama pelajar perempuan tu. dia menipu aku. tapi terkantoi pasal kawan perempuan dia yang lain call nama lain. aku pun warning la pelajar india ni.. 'owh..awak menipu saya,nanti saya masukan pulak nama awak dalam ni sebab menipu'
dia jadi takutla. aku tulis nama dia atas tiket subahat menipu nama pelajar degil tadi. dia merayu2 pada aku. dia janji nak duduk diam kat tmpt dia. aku pun angguk je. dia pun duduk la diam sampai abis masa. kesian aku tgk. sblm abis kelas, dia minta aku padam nama dia lagi. aku pun cakap kalau nak saya padam, tulis 50 kali 'saya minta maaf, saya tak akan menipu lagi'
yang kelakarnyer, dia punya ayat lain pulak macam ni 'MINTA MAAF'. Tu je dia tulis. aku suruh dia betulkan. bila dia betul kan 'SAYA MINTA MAAF, SAYA AKAN LAGI MENIPU' aku nak gelak kat situ jugak.. bahasa dia putar belit. hahaha..
aku pun suruh dia reorder.. dia ikut je.. kesian aku tgk. dalam 6 baris dia tulis aku pun padam nama dia dalam buku ponteng tu. not exactly padam la. aku just initial kesalahan dia dah dimaafkan semua. tu je..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cikgu ni dari sekolah mana ek? teringin pulak nak kenal.
salam suzie....kenal aku x???
hurm..nama sekolah dirahsiakan la yer.. kerana demi menjaga nama baik sekolah..faham2 je la..
Post a Comment