Saya sedang berusaha untuk menjadi penulis blog yang rajin dan dapat berkongsi pengalaman serta pengetahuan saya yang tidak seberapa bersama semua pembaca yang sudi.
Thursday, December 20, 2012
11 hari sebelum Tahun Baru 2013
Hari ini masih dapat menghirup udara yang dikurnia oleh yang Esa. syukur alhamdulillah di atas nikmat yang dikurnia.
Hari ini dapat menarik nafas lega kerana masih ada sisa waktu untuk menginsafi diri yang hina.
Hari ini akan dipanjatkan dengan doa semoga akan sentiasa bersabar..berusaha..di beri jalan di beri laluan untuk menjayakan impian dan cita-cita..
Tinggal lagi 11 hari sebelum melangkah kaki ke tahun baru.. walaupun kita tidak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan..namun kita tidak pernah takut sebaliknya kita sentiasa tertunggu tunggu peluang untuk mengecapi tahun baru. Kenapa kita tidak takut? kerana kita yakin Yang Esa sentiasa bersama kita memberi kita cahaya sepanjang perjalanan kita..kita hanya perlu berdoa kepadaNya. Itulah iman.
Mengharapkan tahun baru ini akan menjadikan tahun yang gemilang dan cemerlang dalam keluarga, kerjaya dan minat atau cita-cita.
Ye..sebagai seorang isteri..aku ada azam sendiri. sebagai seorang ibu juga ada azam yang perlu aku penuhi. sebagai seorang guru,aku mengharapkan tahun hadapan aku mampu menyerlah potensi diri..dan mengenai minat..harapanku semoga diri ini dizinkan oleh Allah tuhan yang Esa untuk ku menjalankan perniagaan tanpa berputus asa..dipermudahkan jalan dan cara..dihargai ramai dan dapat sokongan semua manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment