Ya Allah dah 5/1 baru aku teringat aku c tulis blog dah berapa hari. Haii aku ni mmg bukan blogger tegar..ape nak buat. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru, bisnes women kecil kecil lan memang menuntut masa yang x pernah cukup 24 jam sehari.
Kalau lah manusia ni boleh skip waktu tidur dan masih boleh berfungsi macam biasa..sihat mental fizikal dan emosinya tentu aku dah skip waktu tidur..hehehe...
Kembali kepada tajuk...selamat menyambut tahun baru. Buat diriku aku ingin menjadi lebih success tahun ni dalam semua kerja yg aku buat. Aku nak ada prncapaian cemerlang utk semuanya.
Biasanya setiap tahun tak pernah aku tidak berpuas hati. Aku sentiasa bersyukur tiap tahun rasanya aku capai apa yang ku inginkan sebab aku ni mudah je orang nya. Tak ada permintaan besar pun.. aku juga mudah berpuas hati walau pun dengan yg sedikit. Jadi x ada la aku frust axam x tercapai ke apa ke...
Tahun ni semasa tahun baru aku berada di melaka bercuti bersama suami dan anak anak. Kelakar bila di fikirkan aku cuti sekolah sebulan.. tapi hanya berpeluang untuk pergi bercuti pada penghujung cuti.. hmm rezeki mcm tu . Suami ku seorang yg bukan cikgu sekolah..dia cikgu anak-anak dan cikgu aku je..so kena laj dia bekerja sepanjanh hujung minggu mahupun public holiday. Jadi syukur Allah bagi juga merasa bercuti sbb dia dapat cuti pada penghujung cuti ku. Boleh la kami bawa anak-anak ke zoo melaka..ke taman rama-rama..ke pantai klebang..naik bot..naik menara taming sari... hmm banyak la tu. Ok la kan... biasanya aku dan dan ana-anak dok umah je berkurung..bosan weh.
Dapat berjalan macam tu pun aku dah hepi sangat dah..janji anak anak hepi. X apa la x p melancong mcm cikgu cikgu lain yg biasanya sebulan dua before cuti dah book flight ke merata tempat dlm dunia ni.. rezeki derang la kan dpt jalan mcm tu. Hehe
No comments:
Post a Comment