Hari ni 21/04/08,isnin..bukan hari ke dua aku mengajar. Hari ni hari ke tiga dah. Tapi hari ni hari pertama minggu kedua aku masuk kelas mengajar. Hari ni pasti aku x lupa... Pagi tadi aku malas sgt.. mood tak berapa nak ada pi sekolah. Tak bersemangat mcm minggu lepas. Mungkin sbb aku bangun pukul 4 nak siapkan lesson plan. Yer la...kalau x ada lesson plan..mcm mana nak tau, apa aku nak ajar students hari ni.. So kena buat jgk. Pukul 5 pg aku dah siapkan. Tapi mata pulak dah x mengantuk. Pukul 6 sembahyang dan bersiap. Tapi memandangkan mata aku mula dah berat masa dekat pukul 7 pagi tu, aku pakai bedak tepung je... lipstick..aa aaa... x ader. Muka?? Pucat...kekeke macam biasa muka aku le. Smpi sekolah jmp kwn. Kwn tegur, mata sembab bengkak... muka tak shining.. dia cakap..’eh,dak bulleh nih..kena jage..personaliti kena jaga..’ dgn dialek kelantanese..kekeke. aku syukur sgt dia tegur. Cara dia tegur pun membina. ‘touch up..touch up...touch up sikit’ so aku pun touch up la muka dlm tu. Dah bedak2 dah lipstick... ‘ha...baru seri..comei2..ok dah..’ bukan apa pun...tambah bedak ngan lipstick je... ok aku ready utk pi perhimpunan. Masa perhimpunan mengantuk sgt. Dah lama x perhimpunan pagi2..nyanyi2 lagu negaraku... dah lama juga x dgr lagu Melaka. Bila perhimpunan habis...masuk ke library (bilik guru sementara aku dgn kwn2 praktikal..pasal bilik guru penuh). Masuk library sekejap tu aku dah dpt kertas jadi guru ganti. Dua helai lagi... bnyk la ni kelas nak kena ganti ni..hurm... nampaknya dah bermula la hari-hari ku...
Pukul 9 am, kelas ganti pertama. Masuk kelas tingkatan 1A. Syukur..kelas awal kelas depan2.. baik2 budaknyer... masuk je kelas..aku buntu apa nak buat. Tny students..derang cakap nak buat kerja rumah. Kerja bnyk... so aku izinkan derg buat kerja rumah. Kerja math... aku pesan kalau x tau boleh Tanya. Sambil2 derg buat kerja tu ada juga kejap2 derg ketawa2 berbual2... x per la.. asal x bising sgt. Ada 4 orang budak perempuan nih.. satu geng. 2 orang meja blk tu pakai lengan hitam dlm baju kurung. Budak2 ni buat latihan sama2. Kejap lagi..kwn dia yang sorg duduk depan tny.. ‘cikgu, cikgu umur berapa?.’ Aku suruh je derg teka.. macam2 jwpn ada... tapi pandai pulak dia teka aku 25. Kejap lagi.. ‘cikgu, cikgu tinggal mana?..cikgu asal mana? Cikgu dah kawen? Cikgu ni tinggi... ‘ bnyk pulak soalan dia. Aku pun mengagak yang mereka ni tentu geng yang kak tun ceritakan..akan Tanya bnyk. Kekeke...aku layan kana je budak2 ni... kejap lagi sorang tu dtg depan bawa buku latihan. ‘Cikgu, saya x tahu ni mcm mn nak tolak cikgu.’ Aku dalam hati ‘ eh apa ni? Math? Ala..aku x pandai la math... apa ni nombor2 ni maksud apa..ada pecahan pulak dah...mcm mn kira nih. Gile la waktu tu. Otak aku sikit pun x recall aku pernah belajar menda2 tuh. Smpi aku minta dia jelas pada aku pulak. Last2 aku minta kwn dia tolong. Tapi kena la pandai2...x kan Nampak sgt kita x tau. Kena la guna strategi..ada la strategi aku..hahahahaa... kawan dia tu aku minta tolong jelaskan budak ni tadi. Dalam masa yg sama aku sambil menyelam smbl minum air bak kata org tu... aku pun belajar jgk time tuh.. kakakaka. Baru la aku ingat sikit masa budak tu terang..aku main gagau je..teka2 cara kerja dia camner.. sblm kelas berakhir, sorg lagi budak Tanya aku masa aku pusing2 kelas... ‘cikgu ni saya x dpt tolak’ soalan bentuk lebih kurang... aku kira2 pastu tny ada jwpn x blkg? Ada jwnpn, derg pun cek ler... ‘salah cikgu’. Alamak..sudah salah pulak. ,mcm mana yer dia dpt mcm tu?? Apa la bengap sgt otak aku kena samakan pembawah pun aku x reti..aku x ingat lansung..last2 panggil kwn dia yg td lagi terangkan. Memandangkan budak tu x berapa jelas kawan dia terang aku pun terang la semula satu persatu..kali ni aku mmg dah tangkap konsep dia 100%. Thanks atas bantuan kawan dia yg pandai tu. Aku bljr dgn budak pulak. Saper kata cikgu tahu semua? Tapi cikgu kena act tahu semua... kekekeek
Kelas tu tinggalkan pengalaman bermakna pada aku.
Pukul 12 masih ada kelas ganti. Kali ni kelas plg hujung pulak... Nakal nyer...x tau nak cakap mcm mana.. ada yang berlari lari.. sekejap nak keluar ke tandas..sekejap nak keluar amik air..sekejap nak pi anta buku..macam2..x boleh duduk diam. Duduk je dlm kelas mmg x mau. Bising sgt.. memandangkan aku pun dah penat nak marah...bila pi meja sorg2 diam la..dgr cikgu ckp... tapi bila pusing je blkg..mula la bising semula main dgn kawan2 dia. Budak2 melayu tu tak bising. Tapi budak2 india...mmg tak makan saman. Sakit betul jiwa. Last aku geram tak tau apa nak buat..aku kuarkan henpon..aku record..amik video semua apa derg buat.aku warning..siapa yang melawan tak dgr ckp bising...apa2 lagi lah..semua aku ada bukti dalam ni. Aku boleh menang apa kes pun dgn bukti ni. Semua duduk tempat masing2..tak bergerak sikit pun. Senyap sunyi satu kelas. Tau pun takut. Derang yg kelas hujung ni mmg tak boleh di biarkan tanpa aktiviti. Derang akhirnya minta aku buat pop kuiz ke...pastu nak hadiah pulak tu...aku mmg ketawa sampai keluar air mata mengenang insiden hari ni. Kelakar sgt tgk budak2 tu menikus...aku bukan niat apa pun..aku nak derg diam sekejap..duduk buat latihan... tapi bagus jgk..ntah dtg dr mana idea tu tiba2 je terjadi. Hehehehe...
No comments:
Post a Comment