Friday, August 8, 2008

indah khabar dari rupa

Begitulah yang mampu di ucapkan bagi perkhidmatan sebuah kolej penempatan di sebuah universiti yang gah di malaysia. nama aje universiti yang bagus. Minggu pertama kami pelajar khusus DPLI mendaftar pada 1 ogos 2008, kami telah diberikan bilik masing-masing. maksudnya bilik-bilik kami telah ditetapkan. Kami tiada peluang memilih bilik sendiri seperti pelajar-pelajar kanan atau undergraduate. sedih sekali kami pelajar yang ditaja KPM di perlakukan sedemikian rupa. pada semester yang lepas kami meminta sepaya ditempat dalam satu kolej masing-masing. semua kerana kami hanya seramai 200 orang. (terdiri dari lelaki dan perempuan). malangnya apabila mengetahui kami telah dipisah-pisahkan mengikut course. Bunyinya macam sudah elok kan.. tidak.. kami dipisahkan mengikut course dengan cara yang tidak sempurna. kalau benar-benar nak asingkan mengikut course pastikanlah memang semua ahli ada dalam sesebuah kolej tersebut. Ini tidak, ahli-ahli ada yang tercampak ke kolej yang entah di mana-mana. jauh dari rakan sekelas yang lain. Semua ini menimbulkan masalah untuk membuat perbincangan / tugasan bersama ahli kumpulan. Perkara yang menyedihkan aku lagi..sudahlah aku dan 2 orang kawan lagi dari course yang sama dicampak jauh dari teman sekelas yang lain, kami minta untuk buat pertukaran bilik, pejabat kolej tidak melayan permintaan kami. Kami tidak dibenarkan untuk menukar bilik. Sudahlah begitu, lansung tidak di tanya apa alasan kami untuk menukar bilik. nampak sangat memang malas nak layan nak ambil berat masalah pelajar. kami mahu menukar bilik bukan sekadar kerana ingin pergi dekat dengan teman sekelas yang lain, malah kerana kondisi bilik yang amat tidak memuaskan hati. Kami hairan, kenapa kolej yang dicaj dengan bayaran yang lebih mahal ini tapi keadaan biliknya sangat mengerikan. suram dan menakutkan. bilik yang banyak masalah. tandas pula hanya satu saje yang boleh digunakan sepanjang satu aras iaitu untuk 20 orang. tandas rosak tidak dibaiki. shower pula dua sahaja. tambahan pula yang satu tu tidak boleh di kunci. pada masa peak hour, di mana semua siswi ingin pergi kelas, berebutlah nak menggunakan tandas dan bilik mandi ni. tapi pihak berkenaan tidak ambil pusing perkara ini. mereka lebih suka terus melarang kami untuk pindah bilik. tak di tanya secuit pun alasan kami apa. Sudahlah begitu, apabila kami buat keputusan untuk pindah kolej lain, kolej lama kami dulu yang jauh lebih mesra pengguna serta bagus, kami diminta pula untuk membayar RM 50. malang sungguh cara kolej ini beroperasi. belum seminggu kami di sini seperti ini kami di layan. RM 50 bukan jumlah yang kecil bagi orang berduit. tapi tentulah kami memikirkan kewarasan tindakan ini. Kami nak tukar ke kolej lain yang lebih selesa, kami perlu bayar dengan jumlah itu?? Maksudnya apa? kenapa begini caranya?? Nak pindah bilik tidak diberi, nak keluar kolej ni terus pula perlu bayar. apakah memang polisi universiti adalah untuk menyusahkan pelajarnya? kami bukan tinggal free untuk dia halang kami berpindah bilik.. dan kami bukan pilih pun kolej ni untuk dihalang dari kami pindah kolej. kenapa kami lansung tidak diberi hak yang adil. segala urusan pertukaran bilik pendaftaran barang adalah dalam tempoh dua minggu dari pendaftaran. sedangkan kami baru seminggu berdaftar, sudah nak dikenakan pelbagai caj. INI TIDAK ADIL! yang paling dikecewakan pihak berkenaan lansung tidak mengambil berat sebab musabab kenapa orang ingin pindah. mereka patut ada sifat ingin tahu supaya mereka dapat perbaiki kelemahan mereka. tapi mereka seolah olah takutkan bayang sendiri. nanti kalau dah tahu ada masalah di sini sana, kena cari jalan nak selesaikan pulak..kan dah beban.. macam tu agaknya fikiran mereka. THERE IS NO WAY I WOULD CHOOSE THIS PLACE TO STUDY ANYMORE. SPECIALLY AS POST GRADUATE...

No comments: