Monday, August 18, 2008

kisah antivirus..

antivirus macAfee.. aku ada antivirus ni enterprice version yang di install oleh seorang kenalan dari tempat kerja lama aku. Funny thing is, aku tak pandai nak guna antivirus ni.. antaramuka dia pelik sikit.. pada aku agak complicated berbanding other antivirus (specially avira that i used before I installed macAfee). Memandangkan aku tak pandai guna..aku usahakan juga la untuk guna secara maksimum yang aku boleh. Malangnya antivirus ni tak pernah detect any virus sepanjang 2 bulan aku guna.

Aku mula ragu-ragu dengan keberkesanan macafee nih.. pelik ke aku kalau guna komputer bila tak ada any detection of virus aku jadi risau?? (macam mengharapkan ada virus pulak kan??) aku rasa macam ni sebab masa aku guna avira, setiap kali aku scan ada je detect virus..terutama pendrive la kan...maklumlah pendrive kan cucuk pada macam-macam computer.. tapi masa aku guna macafee semua pendrive clean dari virus.. aku sangat pelik. aku semakin ragu. Untuk memujuk hati aku, akhirnya aku download dan install avira semula.. dan bila aku scan ada virus di kesan.. barulah hati aku tenang.. pelik tapi benar.. bila sesuatu itu sempurna kita akan sangsi..that is life right?

No comments: